Pages

Kerana surat, saya di panggil...


MUQADIMMAH

Dunia sudah berubah jika boleh di katakan demikian, setiap putaran bumi membuatkan dunia memang berubah. Perubahan dunia juga mempunyai kaitan langsung dengan kehidupan makhluk di dunia.

Kehidupan manusia di dunia juga berubah, namun ISLAM tidak adanya yang berubah. Itu hakikat yang kita harus fahami.

Di dalam dunia, ada pelbagai warna kehidupan, ada warna sedih, ada warna gembira malah ada warna yang sayu. Itulah warna-warna dunia yang berlaku walaupun tanpa kita sedari.

Dalam dunia juga mempunyai ramai pekerja yang bekerja. Hampir semua manusia dalam dunia bekerja. Dalam dunia pekerja itu juga mempunyai warna-warna kehidupan seperti di atas.

Maka, warna apakah yang berlaku di tempat anda bekerja?

Itu serba sedikit muqadimmah sebelum bercerita topik asal. Muqadimmah kadang-kadang panjang, kadang-kadang ringkas sahaja. Namun muqadimmah adalah sesuatu yang penting untuk di baca terlebih dahulu sebelum meneruskan pembacaan.


ISI KANDUNGAN

Ini bukanlah kali pertama saya menulis surat kepada pihak pengurusan syarikat.

Tapi untuk kali ini, saya di panggil ke ‘meja boss’ di sebabkan surat ini. Apakah kandungan surat ini? Adakah ianya tidak baik untuk syarikat? Adakah saya mengancam syarikat? Atau adakah syarikat takut kalau sokongan kakitangan membuatkan demontrasi atau piket ke atas syarikat?

Sebelum saya menceritakan lebih lanjut apakah kandungan surat ini, saya gemar untuk berbicara tentang kebajikan pekerja. Ya, kebajikan pekerja. Pengalaman saya dalam membiacarakn kebajikan pekerja semenjak kali pertama saya bekerja sehinggalah sekarang. Saya yakin, anda semua pun pernah mengalaminya.

Pernah ketika dahulu, saya mempertahankan kebajikan pekerja seorang kakitangan syarikat, yang saya rasakan dia berhak untuk di adili sebelum di hukum. Saya bersungguh-sungguh mempertahankannya, kerana sikap saya sebegitu, saya di ajukan soalan begini oleh Pengarah Syarikat tersebut ‘Kenapa engkau beriya-iya untuk mempertahankan kakitangan ini?’

Saya menjawab dengan tenang, ini bukan kerana kakitangan tersebut, ini kerana keadilan yang telah di semai di dalam hati ini membuatkan hati ini tidak senang duduk melihat ketidak adilan yang berlaku. Saya tidak menuduh pihak syarikat tersebut tidak adil, namun ciri-ciri yang di tunjukkan menunjukkan sebegitu, menunjukkan kebajikan pekerja di abaikan malah di kesampingkan.

Cukuplah cerita di atas, kerana ada lagi kes pekerja yang di bawa ke meja File Buruh, dan akhirnya kami menang kes ini. Terima kasih kepada jabatan Buruh kerana menyelesaikan kes ini.


KEBAJIKAN PEKERJA

Apa itu kebajikan pekerja? Adakah jika gaji naik setiap tahun, maka syarikat telah menunaikan kebajikan pekerja? Adakah penyediaan makan minum sempena sambutan acara atau perayaan di kira menunaikan kebajikan pekerja? Apakah dengan membayar gaji pekerja sebelum 7hb setiap bulan di kira kebajikan? Ya, mungkin semuanya sebahagian daripada kebajikan, tapi bukan semuanya.

Apabila kita di ‘ tindas’ dengan cara senyap oleh pihak syarikat, adakah anda akan berdiam diri? Apabila kebajikan anda tidak di pedulikan oleh syarikat, adakah anda akan berkata ‘tidak mengapa’?

Jom kita bertindak atas nama kebajikan pekerja!

Namun, tidak semua pekerja segagah harimau, malah ada yang bersifat seperti burung pipit. Burung pipit, apabila kita hentakkan kaki, burung itu terus lari, namun mulutnya masih tetap mahu bersiul.

Daripada 100% pekerja, hanya 50% sahaja yang berani menandatangi usul dan isu kebajikan pekerja, malah ada pekerja yang ‘menikam’ dari belakang. Kenapa saya berkata sebegitu. Apa tidaknya, ketika surat itu di hulurkan ke tangan ‘Boss’, dia berkata, dia sudah membacanya terlebih dahulu. Maka, siapakah gerangannya yang sudah memberikan salinan pendua kepada pihak pengurusan? Sedangkan, surat yang original ada di tangan saya. Inilah kesilapan dan ketakutan kita dalam mengusulkan kebajikan pekerja. Kita lupa Jabatan Buruh senantiasa bersama pekerja, kerana itu Jabatan Buruh di wujudkan ! Untuk menjaga kebajikan pekerja.

Inilah antara dilema yang berlaku di mana-mana sahaja. Keadaan ini lah berlaku, termasuk juga jika kita pernah mendengar istilah ‘whistler blow’ sehingga ada akta ‘whistler blower act’.

Anda mungkin tertunggu-tunggu kandungan surat ini, namun malangnya, untuk post kali ini, ia tidak akan di publishkan. InshALLAH, post yang berikutnya akan mendedahkan sedikit sebanyak kandungan surat tersebut.

0 ulasan: